30 Nov-1 Dis tarikh baharu AGM MCA

Bernama
Oktober 7, 2019 06:00 MYT
MCA pada Isnin memutuskan 30 Nov hingga 1 Dis sebagai tarikh baharu AGM parti itu. -Gambar fail
MCA pada Isnin memutuskan 30 Nov hingga 1 Dis sebagai tarikh baharu Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) parti itu, berikutan tarikh yang telah ditetapkan sebelum ini bertembung dengan hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.
Setiausaha Agungnya, Datuk Chong Sin Woon, dalam kenyataannya berkata AGM itu bermula akan pada malam 30 Nov hingga 1 Dis manakala AGM bagi Pemuda serta Wanita MCA pula pada 30 Nov.
Rabu lalu, MCA memaklumkan penangguhan AGM parti itu yang dijadualkan pada 2 hingga 3 Nov, berikutan tarikh itu bertembung dengan hari penamaan calon PRK Tanjung Piai.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon PRK Parlimen Tanjung Piai pada 2 Nov, pengundian awal pada 12 Nov dan hari pengundian pada 16 Nov ini.
PRK Tanjung Piai diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr Md Farid Md Rafiq, 42, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, 21 Sept lalu, berikutan komplikasi jantung.
-- BERNAMA
#agm #Chong Sin Woon #hari penamaan calon #MCA #Mesyuarat Agung Tahunan #pilihan raya kecil #PRK Tanjung Piai #Setiausaha Agung MCA #Suruhanjaya Pilihan Raya
;