20 ADUN BN, STAR boikot sidang DUN Sabah esok?
Ruzaini Zulkepli
Jun 10, 2018 21:51 MYT
Jun 10, 2018 21:51 MYT
Seramai 20 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Barisan Nasional (BN) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) 'bakal' memboikot sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Khas yang dijadualkan berlangsung di Bangunan DUN Sabah, esok.
Ketua UMNO Bahagian Tuaran, Datuk Seri Mohd Hajiji Noor dan Presiden STAR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan dalam satu kenyataan bersama hari ini berkata, sidang DUN Khas esok dilihat sebagai tindakan terburu-buru Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam usaha menggagalkan prosiding mahkamah mengenai pelantikannya sebagai Ketua Menteri Sabah.
Terdahulu, kehilangan bekas Pengerusi BN Sabah merangkap ADUN Sungai Sibuga, Tan Sri Musa Aman masih menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini selepas beliau dilaporkan hilang dan tidak berada di Sabah.
Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyataannya di ibu negara baru-baru ini berkata, bekas ketua menteri Sabah itu akan ditangkap selepas beberapa proses melibatkan pihak keselamatan luar negara selesai.
Musa kini diperlukan pihak berkuasa berhubung laporan polis yang dibuat Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin berkaitan ugutan jenayah baru-baru ini.
#ADUN
#Barisan Nasional
#BN
#Dr Jeffrey Kitingan
#Mohd Hajiji Noor
#Mohd Shafie Apdal
#Parti Solidariti Tanah Airku
#Parti Warisan Sabah
#STAR
#UMNO
#UMNO Bahagian Tuaran
#Warisan