18 Oktober penentu permohonan Salleh Said Keruak ke PKR

Bernama
Oktober 9, 2019 00:10 MYT
Permohonan keanggotaan Salleh diterima dalam talian. - Gambar fail/Astro AWANI
Permohonan bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak untuk menyertai PKR akan ditentukan dalam Mesyuarat Biro Politik PKR pada 18 Okt ini, demkian disahkan oleh setiausaha agungnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata permohonan keanggotaan Salleh diterima dalam talian dan akan dibahas oleh biro tersebut sebelum keputusan muktamad dibuat mengenai status permohonan bekas bendahari UMNO itu.
BACA: PKR belum lulus penyertaan Salleh Said Keruak
"Itu memang kaedah dalam permohonan menjadi anggota parti," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
-- BERNAMA
#bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia #Biro Politik PKR #permohonan PKR #PKR #Saifuddin Nasution Ismail #Salleh Said Keruak #UMNO
;