147 UMNO Bahagian tolak kerjasama dengan Bersatu - Ahmad Maslan
Fareez Azman
Januari 5, 2021 15:59 MYT
Januari 5, 2021 15:59 MYT
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan, sebanyak 147 daripada 189 Bahagian UMNO menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Bagaimanapun, UMNO Pusat, jelas beliau, sedang mengumpul kesemua usul yang dibangkitkan untuk dibawa ke mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO esok.
Menurut beliau, kesemua 189 mesyuarat UMNO Bahagian sudah menyelesaikan mesyuarat pada 1 hingga 3 Januari lalu yang menyaksikan 147 Ketua UMNO Bahagian menolak kerjasama berkenaan.
"Usul-usul peringkat bawah ini masih lagi dihantar kepada kita. Kesemuanya ada 756 mesyuarat," katanya dalam sidang media di sejurus berakhir pertemuan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama Ketua UMNO Bahagian di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di ibu negara pada Selasa.
Terdahulu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dalam satu sidang media berasingan menegaskan, UMNO Kelantan turut mengambil keputusan memutuskan kerjasama dengan Bersatu.
Kata Ahmad Jazlan, keputusan itu dibuat atas dasar prinsip mempertahankan UMNO daripada dibuli oleh Bersatu.
#Ahmad Maslan
#PPBM
#UMNO
#presiden
#Setiausaha Agung BN
#Setiausaha Agung UMNO
#Majlis Kerja Tertinggi
#Perjumpaan Khas
#Ketua UMNO Bahagian