KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang berlangsung pada 2018 meninggalkan impak yang besar terhadap landskap politik Malaysia sehingga kini.
Sejak tarikh 9 Mei 2018, banyak perkara di luar jangka disaksikan rakyat Malaysia termasuk 'panggilan' Pilihan Raya Kecil (PRK) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) atas pelbagai alasan.
Sepanjang penggal Parlimen ke-14, sebanyak 12 PRK diadakan dengan empat PRK pada 2018, lima pada 2019 dan tiga berlaku pada 2020.
Tiga PRK tidak diadakan selepas Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengisytiharkan proklamasi darurat bagi membendung penularan COVID-19 iaitu Parlimen Batu Sapi berkuat kuasa 18 Nov 2020 serta Parlimen Gerik dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya masing-masing berkuat kuasa 12 Dis 2020.
Bagaimanapun, pada 6 Okt lepas Al-Sultan Abdullah berkenan menamatkan enam ordinan dan proklamasi darurat bagi menangguhkan ketiga-tiga PRK berkenaan.
Dalam tempoh empat tahun lepas, PRK pertama diadakan hanya selepas tiga bulan PRU14 berlangsung iaitu di DUN Sungai Kandis, Selangor pada 4 Ogos 2018 yang menyaksikan Pakatan Harapan (PH) mempertahankan kerusi itu.
Tiga lagi PRK yang berlaku pada 2018 ialah dua di Selangor pada 8 Sept 2018, masing-masing di DUN Balakong dan Seri Setia yang memperlihatkan PH mengekalkan kedudukan sementara satu di Parlimen Port Dickson, Negeri Sembilan pada 13 Okt 2018 juga memberi kemenangan kepada PH.
Memasuki 2019, 'panggilan' PRK berkumandang sekali lagi pada 26 Jan 2019 di Parlimen Cameron Highlands di mana Barisan Nasional (BN) mengekalkan kedudukan di kawasan itu. Tahun yang sama, PRK DUN Semenyih, Selangor diadakan pada 2 Mac dengan kemenangan memihak kepada BN.
Seterusnya pada 13 April 2019, PRK DUN Rantau, Negeri Sembilan diadakan menyaksikan kemenangan kekal milik BN manakala pada 11 Mei 2019, PRK Parlimen Sandakan, Sabah diadakan dengan kemenangan berpihak kepada PH.
Di penghujung 2019, PRK Parlimen Tanjung Piai yang diadakan pada 16 Nov menyaksikan BN menang besar di kawasan itu.
Pada 2020, PRK Parlimen Kimanis, Sabah diadakan pada 18 Jan dengan kemenangan berpihak kepada BN manakala PRK DUN Chini, Pahang berlangsung pada 4 Julai 2020 menyaksikan BN kekal menguasai kawasan berkenaan.
PRK terakhir diadakan adalah di DUN Slim, Perak iaitu pada 29 Ogos 2020 dengan BN terus mengekalkan kedudukan di kerusi itu.
Sepanjang penggal Parlimen ke-14, sebanyak empat PRN diadakan melibatkan Sabah, Melaka, Sarawak dan Johor.
Semasa PRN Sabah ke-16 pada 26 Sept 2020, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memperoleh majoriti mudah untuk mengambil alih tampuk pimpinan kerajaan negeri daripada Warisan apabila memenangi 38 kerusi.
GRS yang terdiri daripada Perikatan Nasional (PN) dan BN serta rakan sekutu Parti Bersatu Sabah (PBS) itu mempunyai kelebihan satu kerusi majoriti mudah daripada keseluruhan 73 kerusi DUN.
PRN Melaka yang diadakan pada 20 Nov 2021 menyaksikan BN memenangi 21 daripada 28 kerusi, PH memenangi lima kerusi dan PN dua kerusi.
PRN itu diadakan ekoran pembubaran DUN pada 4 Okt tahun sama, selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Kurang sebulan selepas Melaka mengadakan pilihan raya, PRN Sarawak diadakan pada 18 Dis 2021 dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) pimpinan Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg membolot 76 daripada 82 kerusi DUN yang dipertandingkan.
PRN itu mencatatkan rekod penyertaan tertinggi, menjangkau sehingga 349 calon.
Tahun 2022 menyaksikan PRN Johor diadakan pada 12 Mac dengan BN mendapat kemenangan selesa melebihi majoriti dua pertiga apabila berjaya memperoleh 40 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.
Pada PRN itu, PH memenangi 11 kerusi, diikuti PN (tiga), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) masing-masing satu kerusi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 10 2022
Tahun 2022 menyaksikan PRN Johor diadakan pada 12 Mac dengan BN mendapat kemenangan selesa melebihi majoriti dua pertiga. - Fail BERNAMA
Rusia, Malaysia jalin kerjasama dalam pelancongan mesra Muslim
Rusia dan Malaysia sedia utingkatkan pelancongan mesra Muslim menerusi kerjasama baharu antara badan pensijilan halal Rusia, Roskachestvo dan Pusat Pelancongan Islam Malaysia.
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik daripada peminat
Speed menerima hadiah daripada beberapa orang peminat Malaysia ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat di ibu negara pada Selasa,
Penyanyi Sean Diddy ditangakp di New York
Penerbit muzik terkenal, Puff Daddy atau lebih dikenali sebagai Sean Diddy Combs yang berdepan dengan beberapa tuduhan serangan seksual telah diberkas di Manhatann, New York oleh ejen persekutuan pada Isnin waktu tempatan.
10 maut, puluhan cedera bas Iran terbalik
Menurut angka awal, kemalangan itu mengakibatkan 10 maut dan 41 cedera.
Malaysia perlu melabur dalam infrastruktur
Pengarah Eksekutif Ukrainian Prism, Hennadiy Maksak berpandangan, Malaysia juga tidak boleh bergantung kepada satu laluan, selain menjalin hubungan yang baik dengan negara-negara jiran.
Lebih 1,000 rakyat termasuk pejuang Hezbollah cedera parah
Lebih seribu rakyat Lubnan termasuk anggota pejuang Hezbollah dan petugas perubatan cedera parah dalam satu letupan pada Selasa.
Tetingkap Tunggal Nasional memudahkan operasi perdagangan antara Malaysia dan China
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berpendapat inisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (National single window) yang bakal diharmonikan Bersama system kastam China akan memudahkan operasi perniagaan dan perdagangan (ease of doing business) antara Malaysia dan China.
Medan selera perlu ditambah baik, kemudahan asas tidak lengkap
Air bergenang di lantai dan tempias sehingga meja makan mengakibatkan pengunjung basah. Itu situasi apabila keadaan hujan lebat di Medan Selera Taman Makmur di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang menempatkan deretan 12 kedai makan.
Calon manfaat platform media sosial dekati pengundi luar
Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota turut memberi tumpuan kepada penggunaan media sosial bagi menambat hati pengundi luar selain kempen secara bersemuka.
Seorang wanita maut jatuh lubang saluran air
Seorang wanita maut selepas terjatuh ke dalam lubang saluran air sedalam dua meter ketika menyertai aktiviti mendaki di Bukit Cherok Tok Kun pada Selasa.
Presiden Serbia bubar Parlimen, pilihan raya awal dijadual pada 17 Disember
Aleksandar Vucic meminta rakyat dan ahli politik untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya itu.
Thailand bubar Parlimen, tetapkan pilihan raya pada Mei
Raja Maha Vajiralongkorn telah mengesahkan dekri untuk membubarkan Parlimen, menurut Warta Diraja yang diterbitkan pada Isnin.
Thailand akan bubar Parlimen pada Mac, pilihan raya 7 Mei
Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha akan membubarkan parlimen pada Mac dan pilihan raya mungkin akan diadakan pada 7 Mei.
PRU15: Mahkamah putuskan PM tak perlu berunding dengan Kabinet untuk bubar Parlimen
Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid berkata Ismail Sabri berhak membuat keputusan sendiri kerana itu adalah hak mutlak beliau sebagai Perdana Menteri.
Pasukan Jihad Tangani Inflasi masih berfungsi, tidak bubar - Annuar
Annuar berkata pasukan itu juga tidak dibubarkan kerana masalah berkaitan inflasi masih lagi menjadi tanggungjawab kerajaan ketika ini.
Keputusan pembubaran DUN Pulau Pinang diketahui petang Rabu
Keputusan mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang akan diketahui selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) pada petang Rabu.
PRU15: UMNO mohon bubar Parlimen demi kemaslahatan, masa depan rakyat - Zahid
UMNO memohon Parlimen dibubarkan ketika kerajaan campuran berada di puncak kuasa demi kemaslahatan dan masa depan rakyat serta negara, kata Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Pas kecewa situasi memaksa Parlimen dibubar tergesa-gesa - Abdul Hadi
Pas melahirkan rasa kecewa terhadap situasi yang berlaku sehingga parlimen terpaksa dibubarkan dalam keadaan yang agak tergesa-gesa.
PRU15: BN perlu bertanggungjawab jika berlaku kemudaratan - Hannah Yeoh
Hannah Yeoh berharap BN akan bertanggungjawab seandainya berlaku sebarang kemudaratan akibat PRU15 yang diadakan semasa musim bah.
PRU15: 'Ini masa untuk memecut' - Rafizi
Rafizi berkata ada kemungkinan PRU15 akan berlangsung sebelum minggu kedua November.