100 Hari Kerajaan Perpaduan: Sekretariat Kerajaan Perpaduan perlu cari titik persamaan, perkukuh kestabilan

Fareez Azman
Februari 26, 2023 06:45 MYT
Menurut Penganalisis politik USM, Profesor Sivamurugan Pandian, titik persamaan perlu diperkukuhkan dalam kerajaan hari ini bagi memastikan ianya stabil. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerjasama di antara parti politik dalam Kerajaan Perpaduan boleh diperkukuhkan sekiranya mempunyai iltizam politik.
Menurut Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Sivamurugan Pandian, meskipun dapatan kaji selidik mega sempena 100 Hari Kerajaan Perpaduan mendapati 36 peratus responden berpendapat hubungan antara parti dalam kerajaan tidak berjalan baik.
Kabinet Perpaduan Nasional 2023
Namun ujarnya, Sekretariat Kerajaan Perpaduan perlu bekerja lebih keras mencari titik persamaan dalam memastikan hubungan kerjasama di antara blok dalam kerajaan diperkukuhkan.
"Ini bukan kerajaan PH atau BN, ini adalah kerajaan perpaduan daripada parti-parti yang pernah bertelagah. Di sinilah pentingnya Sekretariat Kerajaan Perpaduan melihat dari isu titik persamaan dan melakukan pengukuhan kepada titik yang menjadi penghalang supaya keyakinan itu dapat dipulihkan.
"Di sebalik isu dikaitkan dnegan barang keperluan asas, hutang, tabungan, pendidikan, banyak lagi perkara harus dizahirkan... itu perlu ada psikik yang membawa kepada aspirasi mengukuhkan kerjasama di sebalik blok ini," jelasnya.
Tambah Sivamurugan, sebuah pasukan yang mantap memerlukan roh dan jiwa yang sama merentasi ideologi mahukan perbezaan parti politik.
Mengulas mengenai dapatan kajian itu, jelas Sivamurugan lagi, 100 hari bukan satu indikasi dalam mementukan kefahaman diantara parti politik yang bergabung dibawah satu kerajaan.
Sebaliknya, ia dijangka mengambil masa kerana Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) merupakan seteru dalam lima Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.
"Apatah lagi dalam blok sendiri pun masih ada keraguan, bagaimana untuk membawa kepada keselesaan dan melihat kemahuan mindset penyokong ini bahawa sebenarnya mereka masih meneliti, menghalusi dan juga cuba melihat bahawa kerajaan ini bukan semata mata dasar.
"Tetapi sebagai satu pasukan mantap itu memerlukan roh dan jiwa yang sama. Disitulah saya rasa masih lagi boleh diperkukuhkan dicari kekuatan," katanya.
Terdahulu, berdasarkan dapatan kaji selidik mega sempena 100 Hari Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan anggaran 36 peratus responden berpendapat, hubungan antara parti dalam kerajaan tidak berjalan baik, 34 peratus pula berpendapat ia berjalan dengan baik, manakala bakinya tidak pasti
Bagi komponen parti dalam kerajaan, Pakatan Harapan dan MUDA menerima respon paling baik apabila 59 peratus percaya semua parti bekerja dengan baik, diikuti Gabungan Parti Sarawak (45 peratus), Barisan Nasional (43 peratus) dan Gabungan Rakyat Sabah (28 peratus).
#Kerajaan Perpaduan #Tinjauan 100 hari #kaji selidik #PM10
;