1,008 perwakilan Amanah undi secara e-voting

Sinar Harian
Disember 24, 2023 17:18 MYT
Selepas selesai pemilihan 27 jawatankuasa pimpinan itu, mereka kemudiannya akan memilih presiden, timbalan presiden dan naib presiden. - Foto Sinar Harian
KLANG: Seramai 1,008 perwakilan mengundi secara dalam talian atau e-voting bagi memilih Speaker, Timbalan Speaker dan 27 Jawatankuasa Pimpinan Parti Amanah Negara (Amanah) bagi sesi 2023-2026.
Secara keseluruhan seramai 98 calon bertanding bagi mengisi jawatan yang dipertandingkan itu.
Selepas selesai pemilihan 27 jawatankuasa pimpinan itu, mereka kemudiannya akan memilih presiden, timbalan presiden dan naib presiden.
Perlembagaan parti itu menetapkan, kedudukan lima jawatan tertinggi termasuk presiden ditentukan secara konsensus oleh 27 pimpinan tertinggi yang akan dipilih oleh perwakilan.
Berdasarkan perlembagaan itu juga, seseorang hanya boleh menjadi presiden selama tiga penggal berturut-turut.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
#Amanah #e-voting #Jawatankuasa Pimpinan Amanah #mengundi
;