Warga selatan Thai dilarang undi di Malaysia

Astro Awani
April 30, 2013 06:43 MYT
Pihak berkuasa selatan Thailand memberi amaran kepada warganya supaya tidak terlibat dengan proses pilihan raya umum di Malaysia.
Tindakan tegas akan diambil jika mereka menemui dakwat kekal pada jari rakyat Thailand yang melintasi sempadan 5 Mei ini.
Jurucakap Polis Wilayah Selatan Thailand, Phatthanawut Angkhanawin berkata, arahan sudah dikeluarkan kepada pihak polis dan imigresen supaya memperketatkan kawalan di kawasan sempadan.
Klik video untuk laporan penuh Astro AWANI.
#amaran #dilarang #PRU13 #Thailand #undi