Wakil rakyat pertama umum tidak mahu tanding PRU-13

Astro Awani
April 4, 2013 16:59 MYT
Bekas Adun Batu Kurau, Kapt. (b) Mohd Najmuddin Alias Al-Hafiz melahirkan hasratnya untuk tidak bertanding dalam pilihan raya umum ke 13 nanti.
Keputusan yang diambil oleh penasihat agama kepada Menteri Besar Perak itu menjadikan beliau wakil rakyat Barisan Nasional (BN) pertama Perak yang menarik diri untuk tidak bertanding dalam pilihan raya umum pada kali ini.
Menurut Najmuddin, beliau membuat keputusan ini untuk memberi laluan kepada calon muka baru terdiri daripada orang muda yang berwawasan baru selain mahu memberikan tumpuan serius berhubung hal ehwal keagamaan di pejabat Menteri Besar Perak.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di pejabat Menteri Besar Perak, Ipoh pada Khamis.
Hadir sama pegawai khas Menteri Besar Perak, Dato’ Azhar Haji Ahmad.
Najmuddin mendapat majori 2,439 undi menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Abd Hamid Ali dalam pilihan raya umum ke-12 pada tahun 2008.
#Adun Batu Kurau #Dato Azhar Haji Ahmad #Kapt. (b) Mohd Najmuddin Alias Al-Hafiz #Menteri Besar Perak
;