Tun M: Rakyat Kelantan mula yakin dengan BN

Astro Awani
Mac 9, 2013 06:55 MYT
Iklim politik di Kelantan kini sudah jauh berubah dan rakyat negeri itu sudah mula yakin dengan usaha gigih Barisan Nasional (BN).
Pandangan itu disuarakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kagum dengan sambutan memberangsangkan rakyat Kelantan terhadap program BN.
Dr Mahathir juga agak terkejut kerana tidak pernah melihat sambutan begitu hebat rakyat Kelantan semasa menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat di Sekolah Kebangsaan Panglima Raja, Lemal.
Beliau mengakui tidak pernah merasai suasana sebegini meriah sebelum ini.
Justeru beliau rakyat Kelantan akan kembali memilih BN pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).
Malah mereka sama-sama melaungkan kata-kata tukar dengan penuh bersemangat.
Dalam pada itu, Dr Mahathir juga menegaskan Pas telah gagal membangunkan Kelantan sejak 23 tahun lalu dan apa yang terdapat sekarang adalah hasil usaha pembangunan yang dirancang BN selama ini.
Beliau turut melahirkan rasa kesal kerana Pas sanggup menggunakan Islam hanya untuk mencapai cita-cita politik.
#Barisan Nasional #BN #Kelantan #Tun Dr Mahathir Mohamad #Tun M
;