Trek Kempen: Ruang calon muka baru perkenal diri

Astro Awani
April 23, 2013 07:34 MYT
Program baru di Astro AWANI sempena Pilihan Raya Umum ke-13 ialah Trek Kempen di mana hos dan wartawan Astro AWANI akan mengikuti rutin seharian calon-calon baru berkempen untuk Pilihan Raya ke-13 (PRU13).
Episod pertama menampilkan Simon Lee Chun Hsin, calon bebas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Gasing. Bapa beliau merupakan ADUN di kawasan berkenaan namun meninggal pada tahun 2011.
“Saya ingin meneruskan perjuangan bapa saya. Beliau merupakan bekas ADUN di sini dan saya merupakan setiausaha beliau. Kempen ini adalah untuk mendiang bapa saya,” kata beliau.
Episod pertama ini juga menampilkan Muhammad Faizal Sufa, calon Barisan Nasional untuk kerusi DUN Cempaka.
“Tujuan saya berjumpa mereka adalah untuk meramah mesra dan memperkenalkan diri sebagai calon N.21 DUN Cempaka dan syukur Alhamdulilah ramai kenalan dan mendapat restu daripada orang-orang lama di Kg. Pandan Dalam,” kata beliau.
Trek Kempen bersiaran setiap hari pada jam 9.30 malam.
#Astro Awani #PRU-13 #Trek Kempen