Tok Pa yakin Parlimen Gua Musang kekal milik BN

Astro Awani
April 14, 2013 10:34 MYT
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yakin Parlimen Gua Musang serta tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kawasan parlimen itu kekal milik Barisan Nasional(BN).
Katanya tiga DUN itu Nenggiri, Paloh dan Galas diyakini dapat dipertahankan pada pilihan raya umum kali ini.
Malah beliau turut yakin majoriti di ketiga-tiga DUN itu akan meningkat.
Ikuti laporan disediakan Astro Awani.
#election #Mustapa Mohamed #pilihan raya #PRU-13 #PRU13
;