Tingkat taraf hidup rakyat

Astro Awani
April 2, 2013 07:41 MYT
Hari ini genap empat tahun pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sepanjang tempoh itu, Najib dilihat telah berjaya meningkatkan taraf kehidupan rakyat selain memakmurkan ekonomi negara.
Paling memberi kesan, Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun memberi impak positif apabila berjaya menurunkan kadar kemiskinan melebihi 60 peratus.
Perdana menteri turut memperkenalkan beberapa produk 1Malaysia bagi membantu golongan berpendapatan rendah bagi meringankan beban rakyat.
Antara bantuan yang dilaksanakan termasuklah , Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diberi kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah dan ia diteruskan sebagai inisiatif tahunan.
Bagi mengembangkan permintaan domestik , Pusat Transformasi Luar Bandar(RTC)dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) ditubuhkan.
Kewujudan Zon Selamat Sabah Timur meliputi 10 daerah di Sabah sebagai asas perundangan kepada Kawasan Keselamatan Timur Sabah (ESSCOM) membuktikan kewibawaan Najib mempertahankan kedaulatan negara.
Langkah itu juga diyakini akan menaikkan semangat anggota pasukan keselamatan itu untuk terus mempertahankan negara daripada pelbagai ancaman.
Sebagai menghargai jasa dan pengorbanan pasukan keselamatan, beliau mengumumkan penyertaan pangkat dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia dengan perkhidmatan awam am.
#Barisan Nasional #BN #Najib Razak #PRU-13 #PRU13
;