Tiga pemimpin pembangkang dalang Lahad Datu
Astro Awani
April 26, 2013 19:47 MYT
April 26, 2013 19:47 MYT
Kementerian Pertahanan telah mengenalpasti tiga pemimpin pembangkang yang menjadi dalang kepada insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata segala maklumat dan butir-butir mengenai dalang tersebut akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.
Menurut Ahmad Zahid bagaimanapun beliau tidak mendedahkan nama pemimpin pembangkang tersebut.
Beliau berkata pihaknya tidak mahu disalah anggap oleh sesetengah pihak tertentu sebagai permainan politik maka itu segala tindakan akan dilakukan sejurus selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di sidang media selepas majlis lawatan kerja Menteri Pertahanan di Kolej Tentera Udara, Kepala Batas di siang tadi.