Suhakam tangguh laporan inkuiri orang asli

Astro Awani
April 26, 2013 23:30 MYT
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Malaysia menangguhkan pengeluaran Laporan Inkuiri Nasional mengenai Hak Tanah Orang Asli sehingga tertubuhnya kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-13.
Pengerusinya Tan Sri Hasmy Agam berkata, laporan yang mengandungi hasil dapatan dan syor itu perlu dibincangkan sepenuhnya di peringkat Kerajaan Persekutuan.
Klik video untuk laporan penuh Astro AWANI.
#laporan inkuiri #PRU13 #Suhakam #tangguh