SPR ulang mahu pilihan raya serentak

Astro Awani
Mac 28, 2013 13:50 MYT
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengulangi keutamaannya mahu pilihan raya parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) diadakan serentak.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff memaklumkan bahawa langkah itu akan mengurangkan beban badan itu.
Abdul Aziz juga berkata pilihan raya serentak juga akan mengelak perbelanjaan yang besar.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pembubaran DUN Negeri Sembilan secara automatik hari ini.
Beliau juga mengesahkan sudah menerima surat rasmi daripada Speaker DUN Negeri Sembilan yang memaklumkan mengenai perkara itu.
Abdul Aziz juga menjelaskan SPR mempunyai tempoh 60 hari, iaitu sehingga 28 Mei depan untuk memutuskan tarikh penamaan calon dan hari pengundian.
#PRU-13 #SPR #Suruhanjaya Pilihan Raya #tan sri abdul aziz mohd yusof
;