Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima sebanyak 579 kertas penamaan calon bagi 222 kerusi Parlimen, dan 1,324 bagi 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sepanjang tempoh penamaan calon yang berlangsung dari 9 pagi hingga 10 pagi ini.
Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata daripada jumlah itu, tiga kertas pencalonan untuk kerusi DUN ditolak namun tiada pencalonan untuk kerusi Parlimen yang ditolak.
"Penolakan kertas-kertas penamaan calon oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya adalah disebabkan terdapat mereka yang datang menyerahkan kertas penamaan didapati tidak mempunyai kelayakan mengikut undang-undang yang ditetapkan,"katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Pencalonan di kerusi DUN yang ditolak bagaimanapun tidak dinyatakan.
Kamaruddin berkata tiada calon yang menang tanpa bertanding bagi kerusi Parlimen dan DUN, dan tiada calon yang menarik diri sehingga tempoh penamaan berakhir.
Beliau berkata sebanyak 132 kerusi Parlimen melibatkan pertandingan dua penjuru, 57 pertandingan tiga penjuru, 24 pertandingan empat penjuru, tujuh pertandingan lima penjuru, satu pertandingan enam penjuru dan satu pertandingan tujuh penjuru.
"Manakala 320 kerusi DUN melibatkan pertandingan dua penjuru, 107 pertandingan tiga penjuru, 42 pertandingan empat penjuru, 25 pertandingan lima penjuru, 10 pertandingan enam penjuru dan satu pertandingan tujuh penjuru,"katanya.
Kamaruddin berkata daripada 579 calon kerusi Parlimen, 221 adalah dari Barisan Nasional (BN), 73 (PAS), 99 (PKR), 51 (DAP), 28 (State Reform Party -STAR), sembilan (Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia - Berjasa), lapan (Parti Maju Sabah - SAPP), enam (Parti Pekerja Sarawak - SWP), dua (Parti
Kesejahteraan Intan Tanah Air- KITA), dua (Parti Cinta Malaysia - PCM), satu (Parti Bersatu Sasa Malaysia - Bersama), dan 79 calon Bebas.
Beliau berkata daripada 1,321 calon kerusi DUN, 505 adalah dari BN, 236 (PAS), 172 (PKR), 102 (DAP), 49 (STAR), 41 (SAPP), 11 (KITA), lima (Berjasa), empat (Bersama), tiga (PCM), dua (Parti Sosialis Malaysia - PSM) dan 191 calon Bebas.
Seramai 523 calon yang bertanding bagi kerusi Parlimen adalah calon lelaki, manakala 56 lagi calon wanita, dan 1,209 daripada calon DUN adalah lelaki dan baki 112 adalah calon wanita, katanya.
Kamaruddin berkata bagi kerusi Parlimen, seramai lapan calon berada dalam kategori umur 21-29 tahun, 77 calon (30-39 tahun), 145 calon (40-49 tahun), 223 calon (50-59 tahun) dan 126 calon berusia 60 tahun ke atas, manakala bagi kerusi DUN, seramai 26 calon dalam kategori 21-29 tahun, 176 calon (30-39 tahun), 455 calon (40-49 tahun), 492 calon (50-59 tahun) dan 172 calon lagi berusia 60 tahun ke atas.
Beliau berkata terdapat seorang calon di Melaka yang bertanding di kerusi Parlimen sebagai calon DAP, tetapi bertanding di kerusi DUN sebagai calon Bebas.
"SPR berpuas hati dengan perjalanan proses penamaan calon pada hari ini.
Sepanjang tempoh penamaan calon berlangsung, SPR tidak menerima sebarang laporan/insiden yang tidak diingini yang boleh mengganggu atau menjejaskan perjalanan proses penamaan calon di negeri-negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
"Oleh itu SPR merumuskan perjalanan proses penamaan calon berjalan lancar.
SPR mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat membantu menjayakan proses penamaan calon dalam keadaan aman dan tenang," katanya.