SKMM: Tiada gangguan perkhidmatan telekomunikasi
Bernama
Mei 5, 2013 10:54 MYT
Mei 5, 2013 10:54 MYT
Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) menggesa orang ramai untuk berhenti menyebar berita palsu yang mengatakan perkhidmatan rangkaian telekomunikasi untuk suara dan data akan dihentikan.
"Kami sentiasa berhubung dengan semua syarikat telekomunikasi (telco) dan segalanya kelihatan baik. Kami berterusan memantau bersama-sama telco untuk memastikan agar rangkaian komunikasi berjalan lancar," kata Pengerusi SKMM, Dato' Mohamed Sharil Tarmizi.
SKMM melihat ini sebagai satu cubaan berniat jahat untuk memburukkan pembekal perkhidmatan dan mengakibatkan keadaan panik dalam kalangan masyarakat.
Tindakan undang-undang akan diambil ke atas mereka yang didapati bersalah mencipta dan menyebar berita palsu.