Saingan sengit merebut 46 kerusi parlimen
Teoh El Sen
Mei 4, 2013 17:55 MYT
Mei 4, 2013 17:55 MYT
Pilihan Raya Umum ke 13 kali ini memperlihatkan persaingan sengit di antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat dalam merebut 46 kerusi parlimen, yang boleh dimenangi oleh mana-mana pihak.
Ini berdasarkan satu kaji selidik terkini yang dilakukan oleh penyelidik bebas Merdeka Centre yang mengatakan buat masa sekarang di antara BN dan Pakatan, siapa yang mendahului masih lagi samar.
“Keputusan tinjauan yang dilakukan oleh laman sesawang itu menunjukkan BN dan Pakatan telah sama-sama mendahului sehingga pukul 9:30 malam pada 2 Mei”
Menurut Merdeka Centre, kedudukan semasa menunjukkan Pakatan Rakyat dijangka akan memenangi 89 kerusi sementara BN dengan 85 kerusi.
Daripada 89 kerusi itu, Pakatan diramalkan akan mengungguli 81 kerusi di Semenanjung, tiga di Sabah dan Labuan dan lima kerusi di Sarawak.
Manakala BN akan memenangi 50 kerusi di Semenjung Malaysia, 16 di Sabah dan Labuan dan 19 di Sarawak.
46 kerusi Parlimen yang dikenalpasti oleh Merdeka Centre melingkungi 34 kerusi di Semenanjung Malaysia, enam di Sabah dan Labuan dan enam yang lain di Sarawak.
Kaji selidik berkenaan telah dilakukan pada 28 April sehingga 2 Mei yang telah disertai oleh orang ramai sekitar Semenanjung Malaysia.
Merdeka Centre mendapati bahawa 42 peratus bersetuju “Pakatan Rakyat pelu dibeli peluang untuk memerintah” dan 41 peratus berasakan “Hanya BN yang patut menerajui negara”.
Pada masa yang sama, 4 peratus tidak memberikan apa-apa respon dan 13 peratus memilih “tidak pasti” bila diminta memilih diantara BN atau Pakatan.