Polis tahan 4 lelaki bergaduh pasang bendera

Astro Awani
April 15, 2013 20:37 MYT
Polis Terengganu menahan empat lelaki kerana terlibat dengan pergaduhan semasa memasang bendera parti di Cukai, Kemaman.
Kesemua mereka disiasat mengikut seksyen 143 kerana memiliki senjata dan seksyen 324 iaitu sengaja menyebabkan kecederaan dengan senjata.
Menurut Pegawai Perhubungan Awam PDRM Bukit Aman, ACP Ramli Mohamed Yoosof mengikut seksyen 143, tertuduh boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Polis sebelum ini berulang kali mengingatkan orang ramai supaya mematuhi undang-undang semasa berkempen, namun masih ada sebilangan individu yang bertindak mencetuskan kekecohan, ujarnya lagi kepada pemberita.
Setakat ini katanya, 543 laporan polis dibuat di seluruh negara dengan jumlah tangkapan sebanyak 16 orang termasuk 4 orang di Terengganu.
#ACP Ramli Mohamed Yoosof #kempen parti #Pegawai Perhubungan Awam PDRM Bukit Aman
;