Polis NS: Semua parti perlu dapat permit

Astro Awani
April 9, 2013 13:14 MYT
Polis Negeri Sembilan mengingatkan semua parti politik yang bertanding pada PRU 13 agar mendapatkan permit sebelum menjalankan sebarang kempen atau ceramah politik.
Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh berkata ia penting bagi membolehkan polis meneliti tahap keselamatan tempat dipohon, sekaligus mengelak berlaku pertindihan kawasan.
Katanya, permohonan permit boleh dibuat melalui ketua polis daerah tempat kempen atau ceramah akan diadakan.
Tidak kira sama ada menggunakan lokasi tetap atau bergerak tempat kempen atau ceramah perlu dinyatakan secara jelas.
Mengulas lanjut beliau berkata polis sudah bersiap siaga dari segi sumber manusia, logistik dan pelaksanaan tugas untuk PRU 13.
Lebih 4,000 anggota dan pegawai akan bertugas sepanjang tempoh terbabit demi menjaga keselamatan dan memastikan kelancaran proses pilihan raya.
#Datuk Osman Salleh #Ketua Polis Negeri #PRU 13
;