Pengangkutan awam percuma hanya beri kesan pada ekonomi

Aizat Sharif
April 19, 2013 13:21 MYT
Salah satu kandungan Manifesto Pakatan Rakyat Selangor untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang dilancarkan oleh Pengarah Pilihan Raya Pakatan Rakyat Selangor yang juga bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di Shah Alam pada Khamis menyentuh mengenai pengangkutan awam di Lembah Klang.
Ianya menghuraikan empat pendekatan seperti memastikan perlaksanaan pembinaan projek Jambatan Ketiga Klang yang bernilai RM300 juta, membina Terminal Pengangkutan Awam Bersepadu di Shah Alam, ibu negeri Selangor, menyediakan pengangkutan awam percuma dan mesra pengguna, termasuk perkhidmatan bas, di Shah Alam, Petaling Jaya, Subang Jaya, Klang dan Kajang selain menyediakan lorong berbasikal bagi kawasan perumahan baharu di lokasi terpilih.
Dari empat perkara tersebut, penyediaan pengangkutan awam percuma dan mesra pengguna, termasuk perkhidmatan bas di Shah Alam, Petaling Jaya, Subang Jaya, Klang dan Kajang telah menarik perhatian banyak pihak termasuk Persatuan Pengguna dan pengguna di laman Twitter.
Menurut Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Penguna-Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk N.Marimuthu langkah yang cuba diperkenalkan oleh Pakatan Rakyat Selangor itu sangat dialukan kerana dilakukan demi untuk memberi kemudahan kepada pengguna.
Namun dalam masa yang sama, beliau mempersoalkan perolehan dana perlaksanaan rancangan tersebut seandainya langkah ini dilaksanakan.
“Langkah ini memang penting dan bagus kepada pengguna namun ianya hanya berkesan sekiranya dilaksanakan untuk jangka masa panjang kerana memerlukan pelaburan yang besar dan banyak,” kata beliau ketika dihubungi oleh Astro Awani.
Pelaburan yang dimaksudkan termasuklah penyelenggaraan bas-bas yang digunakan dan pembentukan satu pengurusan yang cekap yang boleh memberikan komitmen perkhidmatan yang terbaik.
Nada yang sama turut diluahkan oleh Presiden Persatuan Pengguna Selangor dan Wilayah Persekutuan, Mohd Yusof Abdul Rahman yang berpendapat penyediaan pengangkutan awam termasuk perkhidmatan bas secara percuma akan memberi kesan kepada kerajaan negeri Selangor.
“Bukanlah ianya tidak boleh dilaksanakan tetapi langkah tersebut tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh kerana membabitkan kos yang tinggi dimana peruntukkan kepada pembangunan rakyat, kesihatan mahupun pendidikan akan terjejas setelah peruntukkan itu terpaksa digunakan untuk menampung kos penyediaan perkhidmatan bas percuma,” kata beliau.
Selain itu juga, kos terbabit akan juga melibatkan penyelenggaraan dan pembelian bas-bas baru.
Beliau memberi contoh negeri Melaka, dimana kerajaan negerinya menubuhkan sebuah agensi pengangkutan bas menggunakan konsep Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan dan mengenakan tambang yang cukup berpatutan dan murah.
“Maka adalah lebih efektif menyediakan pengangkutan awam dan perkhidmatan bas yang mesra pengguna dengan mengenakan tambang yang berpatutan,” katanya lagi.
Buat pengguna media sosial Twitter pula, ada yang menyambut baik manifesto itu dan tidak kurang juga yang tidak yakin dengan perlaksanaan manifesto yang melibatkan penyediaan perkhidmatan bas percuma.

“@khalid_ibrahim:pengangkutan awam percuma & mesra pengguna, Shah Alam, Petaling Jaya, Subang Jaya, Klang & Kajang.”BUKAN JANJI?

— Kalai கலைசெல்வன் (@AlaramKalai) April 18, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Betol ka ni RT@khalid_ibrahim: Menyediakan pengangkutan awam percuma & mesra pengguna, termasuk perkhidmatan di Shah Alam, Kajang."

— twt_saya (@AjoiPutra) April 18, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

RT @khalid_ibrahim: Menyediakan pengangkutan awam percuma & mesra pengguna, termasuk (cont) tl.gd/ljhhkn

— J3bat Derhaka (@J3batDerhaka) April 18, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Fomca #Manifesto #Pakatan Rakyat #pengangkutan awam #Selangor