Penambahbaikan infrastruktur di Lubok Antu

Khairunnisa Kasnoon
April 27, 2013 14:34 MYT
Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penambahbaikan infrastruktur jalan serta hospital baru untuk penduduk Lubok Antu.
Berucap di hadapan ribuan penduduk yang majoritinya etnik Iban, Najib berkata, perkara itu dimasukkan dalam senarai aku janji Barisan Nasional (BN) sekiranya BN terus diberi mandat untuk lima tahun akan datang.
Sementara itu, bagi penduduk Lubok Antu, pengumuman Perdana Menteri itu menggembirakan mereka. Janji itu diharap dapat dilaksanakan selaras dengan jenama 1Malaysia, Janji Ditepati.
Disamping itu, penduduk juga mahu bantuan kepada rakyat miskin disalurkan kepada mereka.
Lubok Antu mempunyai populasi penduduk sebanyak 19,303 orang dan didiami oleh 90 peratus etnik Iban.
#Barisan Nasional #najib #PRU-13
;