Pelayar Twitter bidas tindakan Anwar umum kemenangan awal PR
Aizat Sharif
Mei 5, 2013 22:31 MYT
Mei 5, 2013 22:31 MYT
Pelayar Twitter membidas tindakan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sudah pun mengisytiharkan kemenangan awal Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) meskipun masih belum ada keputusan rasmi dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Anwar dalam tweetnya telah mengatakan bahawa PR telah pun memenangi PRU-13 dan menggesa UMNO dan SPR tidak cuba untuk mengubah keputusan itu.
Antara bidasan yang datangnya dari warga Twitter termasuklah dari Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan ramai lagi.
Kesemuanya mengharapkan Anwar tidak terlalu tergesa-gesa dalam mengumumkan kemenangan PR dalam PRU13 kali ini.