Pasukan khas untuk projek di Bandar Universiti Pagoh

Hakim Rahman
April 21, 2013 09:43 MYT
Satu pasukan khas akan dtubuhkan bagi memantau pembinaan projek di Bandar Universiti Pagoh.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddn Yassin berkata penubuhan pasukan itu perlu bagi memastikan universiti yang dibina dalam bandar itu berjalan mengikut jadual.
"Kita berada pada tahap amat mencabar dalam tempoh 7 tahu ke hadapan menjadi negara maju berpendapatan tinggi," katanya sebelum merasmikan kampus sementara Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) disini,hari ini.
Tambah Muhyiddin cabaran utama dalam menncapai status negara maju adalah menyediakan modal insan mencukupi bagi pelbagai sektor dalam pelan transformasi negara.
Bandar Universiti Pagoh bakal menempatkan beberapa universti ternama termasuk UTHM yang merupakan manifestasi kerajaan Barisan Nasional dalam memberi keutamaan dalam membangunkan sistem pendidikan negara.
Ia sebahagian daripada projek itu yag bakal menjadi hab pendidikan sektor pengajian tinggi negara.
Jelasnya lagi kerja-kerja awal sudah dimulakan dan dijangka siap pada 2016.
Projek Bandar Universiti Pagoh yang bernilai. RM 8 billon itu dibangunkan diatas tanah seluas 1,659 hektar.
#Bandar Universiti Pagoh #Tan Sri Muhyiddn Yassin #Universiti Tun Hussien Onn Malaysia #UTHM)