Pas perkenal 16 muka baru di Kelantan

Astro Awani
April 17, 2013 23:33 MYT
Pas Kelantan mempertaruhkan 16 muka baharu bagi mempertahankan negeri berkenaan termasuk Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz yang bertanding bagi merampas kerusi Parlimen Pasir Mas.
Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat pula kekal mempertahankan Dun Chempaka yang dimenanginya sejak empat penggal lalu.
Kesemua nama calon diumumkan Timbalan Pesuruhjaya Pas, Datuk Ahmad Yakob bagi kerusi Parlimen dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah di Padang Majlis Daerah Machang.
Bagaimanapun, calon bagi kerusi Dun Guchil di Kuala Kerai dan Paloh di Gua Musang belum dapat diputuskan.
Kesemua Exco Kerajaan Kelantan dikekalkan untuk mempertahankan kerusi Dun masing-masing kecuali Datuk Takiyuddin Hassan berpindah dari Dun Bunut Payong ke Parlimen Kota Baharu.
Naib Presiden Pas Datuk Husam Musa yang sebelum ini diumumkan bertanding di parlimen Putrajaya turut mempertahankan kerusi Dun Salor.
Manakala, PKR akan bertanding di tiga kerusi Parlimen iaitu Nik Mahmood Nik Hassan, Tanah Merah, Abdul Aziz Abdul Kadir, Ketereh dan Wan Zawawi Wan Ismail, Machang.
Bagi empat kerusi Dun yang akan ditandingi PKR ialah Shahrom Ibrahim, Pengkalan Kubor, Azihan Che Seman, Dun Nenggiri sementara Guchil dan Paloh belum diputuskan.
#Kelantan #muka baru #Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz #PAS #Pasir Mas