Nik Aziz mahu rakyat Kelantan pulang mengundi

Astro Awani
April 15, 2013 11:03 MYT
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu rakyat Kelantan di perantauan pulang ke kampung halaman untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada pilihan raya umum ke-13.
Tegasnya, sebagai negara demokrasi semua rakyat mesti keluar mengundi untuk memilih wakil rakyat mereka.
Malah jelas beliau mengundi merupakan salah satu daripada tanggungjawab yang perlu ditunaikan semua rakyat di negara ini.
Nik Aziz hadir di program Bicara Cinta dan pelancaran Buku Bicara Ini Demi Ilahi anjuran Sinar Harian.
Buku terbitan kumpulan media Karangkraf ini memuatkan hasil karya dan ucapan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan.
#Bicara Cinta #Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat #Mursyidul Am Pas