Ng Yen Yen sedia beri laluan pada muka baru

Astro Awani
April 12, 2013 17:45 MYT
Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen mengumumkan kesediaan memberi laluan kepada muka baru yang lebih baik dan berwibawa bagi menggantikannya di Parlimen Raub.
Menteri Pelancongan itu menjelaskan, perkara tersebut telah pun dibincangkan dengan Presiden Parti, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Razak.
Menurutnya, walaupun namanya dikatakan tersenarai sebagai calon, namun beliau bersedia memberi laluan kepada orang calon muda dan sedia menyokong sesiapa sahaja yang di pilih oleh pucuk pimpinan.
Tegasnya, kedudukan beliau sama ada bertanding atau sebalinya tidak penting, kerana tumpuannya kini adalah membantu calon MCA memenangi kerusi yang diwakili.
Beliau yang juga pengerusi MCA Kelantan berkata demikian selepas melancarkan melancarkan maskot panda yang akan menjadi maskot MCA Kelantan dalam pilihan raya umum kali ini.
Dalam pada itu, Yen Yen juga menolak dakwaan bahawa beliau tidak dicalonkan bahagiannya sendiri.
#beri laluan #BN #Datuk Seri Dr Ng Yen Yen #ganti #MCA #parlimen raub
;