Najib: Pilih kerajaan yang stabil
Astro Awani
Mac 13, 2013 10:27 MYT
Mac 13, 2013 10:27 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru rakyat memberi mandat kepada kerajaan yang stabil dan mampu membawa Malaysia ke tahap kemajuan yang lebih tinggi.
Katanya ini bukan masa untuk memperjudikan masa depan negara dengan memberi kepercayaan kepada pembangkang yang tidak mampu membentuk kerajaan yang kukuh seperti Barisan Nasional (BN).
Kata Najib, Malaysia mempunyai masa depan cerah dan segala usaha mentransformasikan negara selama ini akan dipersia-siakan jika Malaysia tidak ditadbir dengan baik.
Justeru Najib yakin rakyat bahawa dengan sokongan yang diberikan ia dapat melonjak Malaysia ke tahap yang lebih baik.
Sementara itu, senarai calon BN yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) hampir siap dengan sedikit sebanyak perubahan mungkin dilakukan sebelum diumumkan.
Najib berkata demikian dalam program "Conversation With The PM" anjuran akhbar NST yang disiarkan di TV3.