Media asing bebas buat liputan untuk PRU13

Astro Awani
April 12, 2013 20:02 MYT
Tiada sekatan kepada media asing yang ingin membuat liputan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.
Ketua Pengarah Jabatan Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman memberitahu, media asing hanya perlu mendapatkan Pas Akreditasi.
Menurut beliau, Pas Akreditasi boleh diperoleh melalui Jabatan Penerangan dan media asing perlu memaklumkan kepada Wisma Putra sebelum membuat sebarang liputan .
Pas media tersebut hanya siap dalam tempoh dua hari dan mereka boleh memohon mendapatkan Pas Khas Media untuk liputan PRU13 daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Dalam pada itu, Ibrahim mengingatkan wartawan dan jurugambar tempatan agar berhati-hati ketika bertugas di lapangan dan tidak terperangkap dalam situasi persaingan penyokong parti-parti yang bertanding.
#Jabatan Penerangan #liputan #media asing #PRU13 #tiada sekatan #Wisma Putra
;