MCA pertaruh calon berpengalaman dan muda

Tunku Nashrul Tunku Abaidah
April 2, 2013 23:27 MYT
MCA bakal membariskan kombinasi calon berpengalaman dan muda bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Perkara tersebut diumumkan Presiden Parti, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Jelas beliau ini bagi memastikan parti itu dapat menarik kembali kepercayaan masyarakat Cina di negara ini.
Tambah beliau pemilihan calon MCA juga dibuat berdasarkan prestasi dan kemampuan untuk menang di kawasan terlibat.
Sebelum Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menegaskan 30 peratus senarai calon parti itu yang dikemuka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terdiri dari kalangan muka baru.
Ia bagi memberi peluang kepada calon pelapis untuk meneruskan perjuangan parti di masa depan.
Dalam Pilihan Raya Umum ke-12, MCA memperoleh kemenangan di 15 kerusi Parlimen dan 31 kerusi Dewan Undangan Negeri.
#calon berpengalaman #calon muda #Datuk Seri Dr Chua Soi Lek #MCA #PRU-13