Mantan KPN: Manifesto BN penuhi kehendak rakyat
Astro Awani
April 7, 2013 07:05 MYT
April 7, 2013 07:05 MYT
Manifesto yang dikemukakan Barisan Nasional (BN) mampu memenuhi kehendak semua lapisan kaum.
Ia juga membayangkan keprihatinannya untuk menyelesaikan isu semasa rakyat.
Bagi bekas ketua polis negara, Tun Hanif Omar manifesto yang dibentangkan oleh Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Razak menyentuh secara keseluruhan kehendak rakyat pelbagai lapisan.
Sementara seorang lagi bekas ketua polis negara, Tan Sri Rahim Nor pula berpendapat manifesto yang dibentangkan itu dibuat setelah mendengar rintihan rakyat.
Sementara itu manifesto BN yang menjanjikan kenaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia juga dianggap satu tindakan baik untuk rakyat.
Manifesto yang dibentangkan diharap dapat dinilai dengan matang oleh pengundi yang bakal menunaikan tanggungjawab mereka.