Kami patut bertanding lebih kerusi - SAPP

Tan Su Lin
April 18, 2013 18:04 MYT
"Jika kami tahu kecelaruan dalaman Pakatan berlarutan, kami akan bersedia untuk bertanding lebih kerusi."
Keluhan tersebut dilontarkan oleh lelaki separuh umur, bercermin mata dan potongan rambut ala Elvis Presley.
Saya bertanya wartawan yang duduk di sebelah "adakah dia berkata DAP, PKR dan PAS tak patut bertanding di Sabah?"
Dia menguntumkan senyuman "Ya."
Kurang daripada 500 penyokong mengenakan kemeja-T kuning tertera logo (Parti Maju Sabah) SAPP bersorak apabila presiden yang masih berada di atas pentas mengumumkan calon parti pada pilihan raya umum di Sabah.
Daripada mereka yang tercalon, 38 calon bakal bertanding untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lapan lagi untuk kerusi parlimen.
Walaubagaimanapun, saya diberitahu SAPP berhajat untuk bertanding sebanyak 41 kerusi DUN.
"Baki tiga kerusi lagi akan diumumkan tidak lama lagi bergantung kepada Parti Reformasi Negeri (STAR) dan parti pembangkang lain.
Pertelingkahan dalam Pakatan bukan perkara baru, namun apa yang menyebabkan pembangkang di Sabah terasa hati terhadap rakan pakatannya itu.
"Tahniah Datuk Yong!"
Sewaktu kamera kami bersedia untuk satu temuramah ringkas, penyokong datang untuk berjabat tangan dengan Yong Teck Lee.
Kami tidak menjangkakan pertelingkahan dalaman di antara PKR, Pas dan DAP mampu menidakkan peluang pembangkang dalam memenuhi kerusi DUN akan terjejas.
"Datuk kesal?" saya bertanya.
"Ya kami kesal. Permulaannya kami berhajat untuk bertanding di lebih 40 kerusi, kini dah terlambat kerana kami kesuntukan masa," menurut beliau merujuk kepada pertambahan kerusi SAPP dapat menambahkan peluang untuk menang.
Kini daripada 60 kerusi DUN di Sabah, PKR mengumumkan akan bertanding di 43 kerusi, sementara DAP lapan kerusi dan PAS dengan sembilan kerusi.
Daripada 25 kerusi parlimen, PKR akan bertanding 19 kerusi. Rakan dari DAP bertanding empat dan Pas dengan dua kerusi.
Terdahulu SAPP telah membariskan calon untuk bertanding di 38 kerusi DUN dan lapan kerusi parlimen. Menurut perkiraan matematik, pastinya akan ada percanggahan di antara kerusi SAPP dan Pakatan Rakyat (PR).
Pengiraan tersebut tidak termasuk calon daripada parti pembangkang tempatan, STAR yang diketuai oleh Datuk Jeffrey Kitingan yang bakal membuat pengumumannya hari ini.
"Kita akan melihat lebih pertelingkahan di dalam PR di antara mereka atau parti pembangkang tempatan?" Saya teringat untuk menulis lembaran ini sewaktu dalam perjalanan ke Sandakan.
"Sabah untuk Sabah. Kenapa pula PKR, Pas, dan DAP mahu bertanding di sini?" lelaki rambut gaya Elvis itu berkata dengan nada tegas apabila saya mainkan semula klip video Yong malam semalam.
Saya rasa itulah jawapan bagi pertanyaan tadi.
#DAP #DUN #Elvis Presley #Parlimen #PKR dan PAS #SAPP #STAR #Yong Teck Lee
;