Aktiviti meraih undi oleh penyokong parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sepatutnya tidak dilakukan hari ini kerana tempoh berkempen telah tamat pada pukul 11.59 malam tadi, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
Justeru, beliau menasihatkan penyokong parti supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan dan tidak melakukan aktiviti itu terutamanya di pusat pengundian bagi memastikan kelancaran proses pengundian pada PRU kali ini.
"Saya sudah nyatakan beberapa kali, tiada kempen pada hari pengundian. Tiada raih, tiada rayu (undi), ikutlah peraturan. Tetapi saya nampak tadi ada juga (meraih dan merayu undi)," katanya kepada pemberita.
Terdahulu beliau menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen Tujuh di sini, hari ini.
Katanya berdasarkan maklumat awal, pengundian pada waktu pagi di seluruh negara amat memberangsangkan apabila orang ramai berbaris panjang seawal pukul 8 pagi di hadapan pusat mengundi masing-masing.
"Pengundi nampaknya mengikut nasihat SPR supaya mengundi awal. Cuaca elok pagi ini. Petang ini dijangka hujan, jadi harap semua datang undi awal," katanya.
Abdul Aziz mengingatkan pengundi supaya bersabar melalui proses pengundian terutamanya ketika proses mencalit dakwat kekal yang mengambil lebih masa sedikit berbanding proses pada pilihan raya umum 2008.
"Proses semak dan calit dakwat kekal ini makan masa sikit, kena beratur semua. Saya harap semua bersabar. Saya juga sudah nasihatkan petugas SPR supaya menggoncang botol dakwat kekal itu dengan baik supaya tiada lagi dakwaan dakwat kekal itu boleh ditanggalkan.
"Saya memohon semua pihak, pengundi dan parti politik supaya memberikan kerjasama yang baik kepada SPR untuk memastikan proses pilihan raya kita berjalan dengan baik," katanya.
Selesai mengundi pada pukul 8.50 pagi, beliau diiringi Pengurus Pilihan Raya Bahagian Parlimen Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan meninjau keadaan di pusat pengundian itu dan bersalaman serta beramah mesra dengan pengundi.
Abdul Aziz dijadual melawat ke beberapa pusat mengundi lain di sini antaranya Sekolah Kebangsaan Raja Muda (Integrasi) Seksyen Empat, Sekolah Rendah Agama Seksyen 3 dan SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Seksyen Dua.
Beliau mengundi untuk memilih calon bagi mewakili Parlimen Shah Alam dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik.
Parlimen Shah Alam menyaksikan pertandingan antara Datuk Zulkifli Noordin daripada Barisan Nasional (BN) menentang penyandangnya Khalid Abdul Samad daripada PAS. DUN Kota Anggerik pula
menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara penyandang Yaakob Sapari daripada PKR, Mohd Yusof Din daripada BN dan calon Bebas Eriq Faisal Rusli.
Bernama
Sun May 05 2013
![Hentikan aktiviti raih undi -- SPR Hentikan aktiviti raih undi -- SPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/71359548338_120x90.jpg)
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Kerjasama politik dengan Pas bukan agenda utama - Pemuda UMNO Kedah Kerjasama politik dengan Pas bukan agenda utama - Pemuda UMNO Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/61481378732_ShaifulHazizyZaino.jpg)
Kerjasama politik dengan Pas bukan agenda utama - Pemuda UMNO Kedah
Pemuda UMNO Kedah menyarankan agenda kerjasama politik di antara PAS dan UMNO bukanlah keutamaan yang perlu ditumpukan oleh UMNO pada masa ini.
!['Inilah apa yang ahli keluarga lakukan' - 4 respon Nazir mengenai perpindahan dana AS$7 juta 'Inilah apa yang ahli keluarga lakukan' - 4 respon Nazir mengenai perpindahan dana AS$7 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/51460966402_NazirRazak.jpg)
'Inilah apa yang ahli keluarga lakukan' - 4 respon Nazir mengenai perpindahan dana AS$7 juta
Datuk Seri Nazir buat pertama kali menjawab soalan berkenaan perpindahan dana AS$7 juta yang diajukan media tempatan. Astro AWANI mengupas respon utama beliau mengenai isu ini.
![Najib berjaya batal saman PKR berhubung dakwaan belanja PRU13 Najib berjaya batal saman PKR berhubung dakwaan belanja PRU13](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/51453197551_NajibMKN.jpg)
Najib berjaya batal saman PKR berhubung dakwaan belanja PRU13
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan tiga yang lain hari ini berjaya membatalkan saman yang difailkan PKR atas dakwaan berbelanja berlebihan dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
![Mahkamah Persekutuan tolak rayuan, Lajim kekalkan kerusi Klias Mahkamah Persekutuan tolak rayuan, Lajim kekalkan kerusi Klias](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-11/51385562055_295x200.jpg)
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan, Lajim kekalkan kerusi Klias
Hakim memutuskan rayuan yang dikemukakan Isnin Aliasnih terhadap Datuk Lajim Ukin tidak mempunyai merit.
!['Tsunami Cina' masih wujud di Kajang, kata penganalisis politik 'Tsunami Cina' masih wujud di Kajang, kata penganalisis politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/81365120895_295x200.jpg)
'Tsunami Cina' masih wujud di Kajang, kata penganalisis politik
Lapan bulan selepas PRU-13, sokongan masyarakat Cina semasa PRK ini boleh dinilai terutamanya jika MCA mempunyai satu strategi baru.
![ISMA mahu dunia iktiraf Malaysia hak Melayu ISMA mahu dunia iktiraf Malaysia hak Melayu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-01/51389881781_295x200.jpg)
ISMA mahu dunia iktiraf Malaysia hak Melayu
NGO itu mahu masyarakat dunia mengiktiraf negara ini sebagai warisan dan hak orang Melayu kerana orang Melayu telah ada di tanahair ini jauh lebih lama berbanding kaum-kaum lain.
![Perutusan Tahun Baru Perdana Menteri Perutusan Tahun Baru Perdana Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-12/61388485614_295x200.jpg)
Perutusan Tahun Baru Perdana Menteri
Tanggungjawab kerajaan dan keutamaan saya adalah untuk memastikan keamanan, kestabilan dan kemajuan berterusan kerana masa depan negara bergantung kepada faktor-faktor ini.
![Mahkamah tolak petisyen Pilihan Raya Kuala S'gor, Sg Besar, Sabak Bernam dan Sepang Mahkamah tolak petisyen Pilihan Raya Kuala S'gor, Sg Besar, Sabak Bernam dan Sepang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/41359974190_295x200.jpg)
Mahkamah tolak petisyen Pilihan Raya Kuala S'gor, Sg Besar, Sabak Bernam dan Sepang
Hakim Datuk Zaleha Yusof membuat keputusan itu setelah mendapati pempetisyen tidak menyatakan fakta yang jelas dan mencukupi.
![BN kekal kemenangan di kerusi Dun Lubok Merbau BN kekal kemenangan di kerusi Dun Lubok Merbau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/41367483096_295x200.jpg)
BN kekal kemenangan di kerusi Dun Lubok Merbau
Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli membuat keputusan itu selepas mendapati pempetisyen gagal mengikuti kehendak-kehendak mandatori dan petisyen yang difailkan Abdul Karim Abdul Rashid cacat.
![BN kekal kemenangan di kerusi parlimen Titiwangsa BN kekal kemenangan di kerusi parlimen Titiwangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-07/61374042666_295x200.jpg)
BN kekal kemenangan di kerusi parlimen Titiwangsa
Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof membuat keputusan itu selepas mendapati petisyen yang difail Rusli Yasmin cacat.