Guan Eng: PR perlu impak besar untuk kuasai Putrajaya

Astro Awani
April 29, 2013 07:00 MYT
Pakatan Rakyat (PR) harus mempunyai satu impak yang besar di ketiga-tiga negeri seperti Johor, Sabah dan Sarawak yang dianggap sebagai ‘fixed deposit’ untuk Barisan Nasional dalam usaha ‘menawan’ Putrajaya dalam Pilihan Raya ke-13 ini.
Menurut Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP), Lim Guan Eng dalam satu temubual eksklusif bersama dengan Karim Raslan bersama Astro Awani berkata negeri Johor, Sabah dan Sarawak merupakan medan ‘peperangan’ utama bagi PR dalam PRU kali ini.
“Terdapat 82 kerusi parlimen dari ketiga-tiga negeri ini, namun pada PRU 2008, BN telah memenangi 79 kerusi manakala PR hanya memenangi tiga kerusi sahaja,” kata Guan Eng.
Oleh hal demikian, Guan Eng menyeru PR dapat memberi satu impak kepda pengundi di ketiga-tiga negeri ini sebelum hari pengundian pada 5 Mei ini agar tiga kerusi yang diraih pada 2008 dapat dikembangkan kepada 30 lagi kerusi dan sekaligus usaha ‘menawan’ Putrajaya dapat dicapai.
Untuk berita selanjutnya sila ikuti visual yang telah disediakan.
#DAP #Johor #Lim Guan Eng #PRU13 #Sabah #Sarawak