Elon Musk mahu haramkan penggunaan peranti Apple di syarikat miliknya

Amanz
Jun 11, 2024 04:50 MYT
Pada pandangan Musk, ini akan mendatangkan risiko sekuriti yang serius. -Gambar fail/Reuters
ELON Musk ialah manusia paling kaya di dunia pada waktu ini dan pada waktu yang sama juga mungkin insan yang paling tidak gembira kerana kerap sahaja mencari kesalahan orang lain.

Ringkasan AI
  • Elon Musk ancam haramkan penggunaan peranti Apple di syarikat-syarikat miliknya jika teknologi OpenAI diintegrasikan pada tahap sistem operasi.
  • Menurut Musk, integrasi ini akan mendatangkan risiko sekuriti yang serius. Semua pelawat ke syarikat miliknya juga akan diarah menyerahkan peranti mereka yang akan disimpan di dalam sangkar Faraday.
  • Musk telah keluar dari OpenAI kerana bertelagah dengan Sam Altman dan sering mencari sebab untuk bersaing dengan syarikat AI nombor satu dunia itu.

Pagi ini, Elon menghantar ciapan mengatakan beliau akan mengharamkan penggunaan peranti Apple di syarikat-syarikat milik beliau sekiranya teknologi OpenAI diintegrasikan di tahap sistem operasi.

If Apple integrates OpenAI at the OS level, then Apple devices will be banned at my companies. That is an unacceptable security violation.

— Elon Musk (@elonmusk) June 10, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada pandangan Musk, ini akan mendatangkan risiko sekuriti yang serius.
Di WWDC, Apple mengatakan kandungan OpenAI akan diterbitkan dalam jawapan yang diberikan siri yang kini akhirnya mempunyai sokongan kecerdasan buatan (AI).
Sebarang pelawat ke syarikat milik beliau juga akan diarahkan menyerahkan peranti yang kemudian disimpan di dalam sangkar Faraday.
Pengharaman ini mirip yang dilakukan oleh China yang mengharamkan penggunaan peranti Apple oleh penjawat awam atas sebab sekuriti.
Tidak diketahui sama ada Musk serius ingin mengharamkan produk Apple atau sekadar mencari sebarang peluru untuk menembak OpenAI.
Sejak keluar daripada OpenAI kerana bertelagah dengan Sam Altman beberapa hari yang lalu, Musk sering mencari sebab untuk bersaing dengan syarikat AI nombor satu dunia ini. -Amanz
#Elon Musk #Apple #risiko sekuriti #haramkan penggunaan