Dekati masyarakat dengan peribadi - Tokpa

Astro Awani
Mei 2, 2013 09:36 MYT
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamad yakin gerak kerjanya selama 20 tahun lalu meningkatkan sokongan penduduk Jeli ke atasnya.
Sentuhan peribadi sepanjang tempoh berkenaan akan diterjemah pada keputusan pilihan raya 5 Mei depan.
Kebelakangan ini rakyat Kelantan dilihat sudah semakin menerima kepimpinan BN.
Sokongan meningkat berdasarkan beberapa dasar dan pendekatan yang dilaksana kerajaan pusat termasuk konsep 1Malaysia, dan projek berimpak tinggi di Kelantan.
Mustapa yang menyandang kerusi parlimen Jeli apabila memenanginya pada pilihan raya umum 2008 selepas menewaskan calon PAS, Mohd Apandi Mohamad.
#BN #Datuk Seri Mustapa Mohamad #jeli #PAS
;