Dekati calon baru Parlimen Kepala Batas & Lumut

Astro Awani
April 26, 2013 09:51 MYT
Kerusi Parlimen Kepala Batas (P041) menampilkan Reezal Merican yang mewakili Barisan Nasional.
Dalam pilihan raya umum lalu, P041 dimenangi oleh Tun Abdullah Badawi (BN) yang memperoleh 23,445 undi menewaskan Subri Arshad (PAS) dengan majoriti 11,246 undian.
Parlimen Kepala Batas mempunyai 51,743 jumlah pengundi dengan pengundi Melayu sebanyak 76%, Cina (19%) dan India sebanyak 4%.
Sementara itu, kerusi Parlimen Lumut (P074) menampilkan Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid dari PKR.
Kerusi P074 menarik perhatian umum apabila calon merupakan pegawai atasan tentera laut yang bertanding atas tiket pembangkang.
Parlimen Lumut mempunyai 88,473 pengundi yang terdiri daripada pengundi Melayu, 51%, Cina, 35% dan India 12%.
Wartawan Tengku Nashrul dan Nabihah Hamid mengikuti kempen kedua-dua calon itu dan mengirimkan laporan video ini.
#BN #PKR #PRU-13 #Trek Kempen
;