Datuk Ahmad Yakob angkat sumpah MB Kelantan baru

Bernama
Mei 6, 2013 19:23 MYT
Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di hadapan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V di Istana Negeri Kubang Kerian di sini, petang ini.
Ahmad, 63, anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pekan, menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyandang jawatan menteri besar selama 23 tahun.
Anggota DUN Panchor Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah mengangkat sumpah sebagai Timbalan Menteri Besar.
Istiadat mengangkat sumpah dan menerima watikah pelantikan itu bermula pada 6 petang.
Turut hadir pada istiadat itu Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra, Mufti negeri Kelantan Datuk Shukri Mohamad dan Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.
#Ahmad Yakob #Datuk Nik Aziz #Menteri Besar #PAS #PRU13
;