Che Johan dipanggil beri penjelasan

Marlina Manaf
April 21, 2013 09:54 MYT
Che Johan Che Pa dipanggil memberi penjelasan berhubung kegagalan menyerahkan borang pencalonannya semalam.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed menjelaskan, perkara itu kini disiasat biro politik.
Mustapa menjelaskan beliau kecewa kerana Che Johan membelakangkan kepercayaan parti apabila memutuskan tidak mengemukakan borang pencalonan.
Sehubungan itu, Umno Kelantan menyerahkan isu tersebut kepada jawatankuasa disiplin pusat.
Che Johan gagal menyerahkan borang pencalonannya, ketika proses penamaan calon, di Parlimen Pasir Mas, sekaligus memberi laluan kepada penyandang kerusi itu, Datuk Ibrahim Ali, yang akan bertanding dengan calon Pas Nik Muhammad Abduh Nik Mat.
Dalam perkembangan berasingan Mustapa mengingatkan jentera bn kelantan supaya tidak alpa dalam misi menawan kelantan.
Ini kerana mereka berdepan saingan sengit dengan Pas, yang mempunyai pengalaman 23 tahun memerintah negeri itu.
Mustapa ditemui pada sidang media selepas mesyuarat biro politik.
Pada majlis itu, mustapa turut mengumumkan Datuk Hassan Harun sebagai pengarah jentera pilihan raya BN Kelantan.
#che johan che pa #PRU #PRU13 #UMNO Kelantan