Calon mainkan peranan penting pada PRU-13

Khairul Wasiril Aswad
April 7, 2013 15:00 MYT
Rakyat kini dilihat telah beralih daripada mengundi kerana parti kepada mengundi kerana calon berikutan terlalu banyak maklumat diperolehi sepanjang menanti kehadiran Pilihan Raya Ke-13 (PRU-13).
Menurut Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni, Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Muhammad Fuad Othman, berbanding tahun yang sebelumnya, pemilihan calon akan memainkan peranan terbesar buat PRU-13 ini.
“Kali ini apa yang paling penting adalah calon itu sendiri kerana rakyat boleh menilai sekiranya calon berkenaan mampu membawa perubahan dan kebaikkan kepada mereka mahupun tidak,” kata Fuad sewaktu dihubungi Astro Awani.
Tambahnya, pemilihan calon akan membezakan siapa yang akan menang dan siapa yang akan kalah untuk kawasan dipertandingkan.
“Sekarang ini, oleh kerana tempoh PRU-13 telah dipanjangkan, terlampau banyak maklumat diterima pengundi sehingga membuatkan mereka berbelah bahagi, oleh itu akhirnya pengundi akan menilai dari calon itu sendiri.
#BN #calon #Dr. Muhammad Fuad Othman #PKR #PRU-13
;