Buka ruang industri kreatif -- Normal Abdul Halim

Astro Awani
Mei 7, 2013 12:52 MYT
Norman Abdul Halim berharap Pas akan membuka ruang buat industri kreatif untuk berkembang di wilayah mereka.
Pada masa sama, Norman menasihatkan masyarakat agar lebih matang apabila berdepan dengan isu politik.
Keputusan pilihan raya umum ke-13 diumumkan pada 5 mei lalu menyaksikan Barisan Nasional kekal memegang tampuk pemerintahan.
“Bersyukur pilihan raya berjalan dengan telus...Norman berharap agar semua pihak dapat menerima keputusan ini dan tidak mencetuskan sebarang provokasi.”
“Tidak kira parti mana yang menang atau kalah..rakyat malaysia harus bersatu padu dalam meningkatkan ekonomi dan memajukan negara,” katanya.
Tiga penggiat seni yang telah bersara bertanding untuk pilihan raya umum ke-13 iaitu Aishah, Dayangku Intan dan Herman Tino.
#norman halim
;