BN rampas semula Kedah, gagal di Selangor dan Kelantan

Astro Awani
Mei 5, 2013 04:19 MYT
Barisan Nasional berjaya merampas semula Kedah daripada Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) namun sekali lagi gagal memenangi Kelantan yang ditadbir oleh Pas sejak 1990.
Pakatan Rakyat (PR) juga berjaya mengekalkan penguasaannya di Pulau Pinang dengan kemenangan lebih dua pertiga. Ia memperolehi 31 kerusi, 2 lagi kerusi tambahan berbanding 29 kerusi pada PRU-12.
Manakala di Selangor pula , PR memenangi 44 kerusi DUN, lebih lapan kerusi berbanding 2008 sekaligus mengekalkan pemerintahan di negeri itu.
PAS juga kekal memerintah Kelantan apabila bersama sekutunya PKR berjaya memperoleh 31 kerusi berbanding 14 kerusi dari Barisan Nasional (BN).
Bagaimanapun prestasi Pas jauh merosot berbanding PRU12 apabila BN berjaya menambah bilangan kerusi dari enam kepada 14 kerusi.
Barisan Nasional (BN) bagaimanapun kekal memerintah di Perak dan Terengganu setelah memperoleh majoriti mudah pada pilihan raya umum ke-13.
Pakatan Rakyat juga berjaya menembusi kubu kuat BN di Johor dan Sabah.
#Barisan Nasional #election #GE-13 #GE13 #najib #pakatan #PAS #pilihan raya #PRU-13 #PRU13
;