BN, PR kongsi pengalaman berkempen di Twitter
Syafique Shuib
April 22, 2013 12:24 MYT
April 22, 2013 12:24 MYT
Demam berkempen sudah bermula. Walaupun calon-calon harus turun padang untuk bersama rakyat, namun platform media sosial diharap menjadi 'pelonjak' dalam kempen mereka.
Pernah dilabel oleh Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa pilihan raya umum (PRU) ini boleh dianggap sebagai "PRU media sosial" jadi calon-calon dan jentera mereka menggunakan aplikasi popular seperti Twitter, Facebook dan Instagram untuk kongsi pengalaman ketika berkempen.
Zuraida Kamaruddin, calon PKR untuk kerusi Parlimen Ampang memuat naik gambar ini pagi tadi:
Teo Nie Ching, bekas ahli parlimen Serdang dan kini bertanding di Kulai atas tiket DAP memuat naik gambar sebuah persembahan yang diadakan di kawasan beliau semalam.
Azmin Ali, calon PKR untuk kerusi Parlimen Gombak pula tweet tentang sarapan beliau pagi tadi.
Barisan Nasional pula, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib pula kongsi gambar jentera Pemuda BN Felda Trolak Utara:
Selain calon-calon, sukarelawan juga tweet pengalaman mereka. Sebagai contoh, sukarelawan dari Barisan Nasional Youth Volunteers: