'Blog Wan Azizah digodam, dakwa video seks tidak benar'

Teoh El Sen
Mei 3, 2013 18:41 MYT
Blog PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail didakwa digodam untuk memberi gambaran bahawa 'video seks' yang kononnya melibatkan anak perempuannya, Nurul Izzah Anwar, adalah tulen.
Dalam tweet beberapa minit yang lalu, Wan Azizah berkata bahawa blog rasmi beliau telah digodam.

Pls take note that my official blog was hacked. I didn't any issue any statement or post anything on 3rd May.

— Dr Wan Azizah Ismail (@drwanazizah) May 3, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut Setiausaha Politik Nurul Izzah Anwar, Fahmi Fadzil, Wan Azizah memberitahunya bahawa dia tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan hari ini sama ada dalam blog atau twitter beliau.
"Saya bercakap dengan Datuk Seri dan dia berkata bahawa dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan hari ini. Kami masih memeriksa dan mengesahkan bahawa akaun itu telah terjejas oleh penggodam, " kata Fahmi.
Sebelum ini, dalam satu kenyataan di blog rasminya yang dipercayai digodam, Wan Azizah secara tidak langsung telah mengakui bahawa video seks naib presiden PKR Nurul, yang telah beredar selama beberapa hari, adalah tulen.
Dalam kenyataan itu, 'Wan Azizah' telah menyatakan kekecewaan beliau terhadap seorang pensyarah yang mengambil kesempatan ke atas anak sulung beliau semasa beliau muda dan mentah.
Beliau juga berkata bahawa dia dan keluarganya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang mengedarkan video itu. Akaun twitter beliau juga memaparkan tentang blogpost ini.
Sekurang-kurangnya satu salinan video seks yang dikatakan boleh didapati di matkilaupenang.blogspot.com.
Video antara lain memaparkan seorang wanita bertudung dan seorang lelaki kelihatan di dalam sebuah bilik dan berpelukan. Rakaman bagaimanapun terlalu kabur untuk mengenal pasti mana-mana pihak yang terbabit.
#blog #hack #Nurul Izzah Anwar #seks #seks video #Wan Azizah Wan Ismail
;