Bian: Isu tempatan lebih penting dari nasional

Astro Awani
April 29, 2013 15:58 MYT
Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Sarawak, Baru Bian percaya keutamaannya menangani isu tempatan adalah lebih penting berbanding isu nasional yang sering dibangkitkan calon bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Bertanding untuk kerusi Parlimen P221 Limbang, penambahan dan menaik taraf kemudahan awam di kawasan itu adalah perjuangan utama yang dijanjikan beliau.
“Saya berpendapat bahawa isu nasional adalah yang kedua terpenting di sesebuah kawasan manakala isu tempatan seharusnya diberi lebih perhatian dan keutamaan,” ujar Baru ketika ditemui Astro Awani.
Dalam pada itu, beliau turut mengakui bakal mengharungi cabaran yang besar untuk memenangi kerusi Parlimen Limbang apalagi menentang pencabar calon Barisan Nasional, Hasbi Habibollah dalam pertandingan satu lawan satu.
Bian menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai ahli biasa sebelum dilantik sebagai pengerusi PKR Sarawak pada November 2009.
Ikuti rakaman temubual yang disediakan Astro Awani.
#Baru Bian #BN #keutamaan #PKR #PRU-13
;