Aspirasi Jelapang Padi dan PRU13

Astro Awani
April 15, 2013 15:55 MYT
Walaupun kualiti hidup petani sudah banyak berubah, kebanyakkan daripada mereka masih berada dalam golongan yang berpendapatan rendah.
Ini adalah pendapat Felo Utama Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (Lestari) UKM Profesor Emeritus Chamhuri Siwar.
Chamhuri berkata purata pendapatan petani sebulan adalah sekitar RM2,300.
Chamhuri juga berkata pada tahun 1966, kadar kemiskinan petani ialah sebanyak 72 peratus manakala pada tahun 1982, kadar kemiskinan itu telah menurun kepada 35 peratus.
“Pada tahun 1992, kadar kemiskinan petani ialah 18 peratus dan pada tahun 2005, kadar kemiskinan ini telah menurun kepada lima peratus,” katanya dalam program Agenda Awani bertajuk Aspirasi Jelapang Padi dan PRU13.
Klik video yang telah disediakan. untuk menyaksikan ulasan penuh topik ini.
#Profesor Emeritus Chamhuri Siwar #PRU-13