Seramai 96 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang bertugas di perairan negara dekat sini mengundi secara pos bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) hari ini.
Anak kapal KD Terengganu, yang menjalankan tugas rondaan dan mengawal perairan pantai timur Sabah sejak awal bulan lepas, tidak ketinggalan menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi walaupun dalam kesibukan bertugas memastikan keselamatan perairan negara daripada diancam anasir luar.
Proses mengundi dijalankan tiga pegawai dari Jabatan Arah Rekod dan Pencen Kementerian Pertahanan yang mewakili Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) iaitu Pegawai yang Bertanggungjawab (PYB) undi pos ATM bagi Operasi Daulat Mejar Muhammad Jilli Asyraf, Pegawai Waran 2 Ayub Abu Bakar (Kerani Undi Pos) dan Sjn P.Thinagaran (Kerani undi Pos).
Pegawai Memerintah KD Terengganu Komander Shaiful Mayudin ketika ditemui pemberita di atas kapal itu, berkata anggota TLDM tidak terkecuali dalam menunaikan tanggungjawab menentukan masa depan negara melalui undi masing-masing.
"Walaupun kami berada di lautan, kami tetap menjalankan kewajipan untuk mengundi.
"Saya dan anak kapal akan terus menjaga kedaulatan perairan negara termasuk pada pilihan raya umum 5 Mei ini," katanya.
Timbalan Pegawai Navigasi Lt Ahmad Faisal Abd Aziz, 25, berkata beliau teruja dengan pengalaman pertama kali mengundi di atas kapal.
"Ini juga pengalaman pertama saya mengundi sebagai rakyat Malaysia. Saya gembira sebab dapat jalankan tanggungjawab dan dalam masa yang sama bertugas di perairan," katanya.
Berlainan pula dengan Pegawai Waran 2 Hamdan Hamid, 40, yang tidak pernah melepaskan peluang untuk mengundi sejak menyertai TLDM kira-kira 21 tahun lepas.
"Saya bangga dapat peluang mengundi di atas kapal sambil menjalankan tugas. Namun saya berasa sebak memandangkan ini pengalaman terakhir saya mengundi sebagai anggota TLDM kerana akan menamatkan perkhidmatan tahun depan," katanya.
Beliau turut berpesan kepada rakan-rakan ATM lain untuk mengundi walaupun ketika bertugas.
Bernama
Fri Apr 26 2013
![Anggota dan pegawai TLDM mengundi pos atas kapal Anggota dan pegawai TLDM mengundi pos atas kapal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/81366978860_295x200.jpg)
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
![Serangan kapal terkait Israel akan dipertingkat - Houthi Serangan kapal terkait Israel akan dipertingkat - Houthi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715298348_Houthisupporters.jpg)
Serangan kapal terkait Israel akan dipertingkat - Houthi
Kumpulan Houthi akan menyasarkan kapal mana-mana syarikat pembekal barangan yang berkaitan dengan Israel tanpa mengira destinasi mereka.
![Kapal bawa bantuan ke Gaza mula belayar Kapal bawa bantuan ke Gaza mula belayar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710029923_Gaza.jpg)
Kapal bawa bantuan ke Gaza mula belayar
Perjalanan Open Arms dijadual sejauh 216 batu nautika, disifatkan operasi paling sukar.
![Kapal Tentera Laut China berlabuh di Pelabuhan Klang Kapal Tentera Laut China berlabuh di Pelabuhan Klang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692470360_kapalchina.jpg)
Kapal Tentera Laut China berlabuh di Pelabuhan Klang
Ketibaan kapal itu disambut Asisten Ketua Staf Operasi dan Strategi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Muda Datuk Ee Tai Peng.
![Kemarau berpanjangan: Penghantaran di Terusan Panama dihadkan Kemarau berpanjangan: Penghantaran di Terusan Panama dihadkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41690381398_950x600.jpg)
Kemarau berpanjangan: Penghantaran di Terusan Panama dihadkan
Terusan Panama mengehadkan jumlah laluan kapal berikutan paras air yang semakin surut akibat kemarau berpanjangan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
![Angka serangan lanun paling rendah dalam tempoh 30 tahun pada awal tahun 2023 Angka serangan lanun paling rendah dalam tempoh 30 tahun pada awal tahun 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81681960862_BiroMaritimAntarab.jpg)
Angka serangan lanun paling rendah dalam tempoh 30 tahun pada awal tahun 2023
Bagi memastikan perlindungan terhadap lanun maritim dalam jangka panjang dan mampan, kerjasama global perlu terus ditingkatkan.
![Pelarian Rohingya mendarat di Indonesia selepas sebulan terkandas di laut Pelarian Rohingya mendarat di Indonesia selepas sebulan terkandas di laut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41671982326_EMPATPENYELAMWARGA.jpg)
Pelarian Rohingya mendarat di Indonesia selepas sebulan terkandas di laut
Berpuluh-puluh pelarian Rohingya mendarat di pesisir pantai Aceh, Indonesia pada Ahad.
![Air Selangor: Tarif baharu untuk pengguna bukan domestik bermula 1 Ogos Air Selangor: Tarif baharu untuk pengguna bukan domestik bermula 1 Ogos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61651364477_paipair.jpg)
Air Selangor: Tarif baharu untuk pengguna bukan domestik bermula 1 Ogos
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd akan menaikkan tarif bekalan air baharu pada kadar purata 20 sen setiap meter padu melibatkan kategori pengguna bukan domestik, rumah ibadah dan kapal.
![Serpihan kapal penjelajah kutub 'Endurance' yang karam pada 1915 ditemui Serpihan kapal penjelajah kutub 'Endurance' yang karam pada 1915 ditemui](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51646865273_KapalEndurance.jpg)
Serpihan kapal penjelajah kutub 'Endurance' yang karam pada 1915 ditemui
Kapal layar 'Endurance' dengan tiga tiang itu yang karam ketika misi Shackleton untuk membuat lintasan darat pertama Antartika ditemui kira-kira 3,000 meter di dasar laut.
![Pernah dianggap hilang selamanya, bangkai kapal 130 tahun ditemui Pernah dianggap hilang selamanya, bangkai kapal 130 tahun ditemui](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41646478998_footschoonerba.jpg)
Pernah dianggap hilang selamanya, bangkai kapal 130 tahun ditemui
Kapal itu ditemui pada kedalaman 650 kaki di bawah permukaan tasik.
![Pengusaha bot, kapal disaran guna bantuan kerajaan kembangkan perniagaan ke luar negara Pengusaha bot, kapal disaran guna bantuan kerajaan kembangkan perniagaan ke luar negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51637825202_LimBanHong.jpg)
Pengusaha bot, kapal disaran guna bantuan kerajaan kembangkan perniagaan ke luar negara
Ia bagi membantu mereka mengembangkan perniagaan ke peringkat antarabangsa.