Kerja-kerja pemetaan dasar laut bagi mengesan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang yang dilakukan di di lengkungan ketujuh di selatan Lautan Hindi berjalan lancar.
Pusat Penyelarasan Tindakan Bersama (JACC) berkata proses itu yang dilakukan kapal Zhu Kezhen dan Fugro Equator dijangka selesai menjelang September ini sebelum diikuti dengan pencarian dasar laut.
"Sejak 24 Mei 2004, Zhu Kezhen iaitu kapal Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) telah melakukan operasi pemetaan. Data yang diperoleh akan membantu dalam menentu bentuk topografi dasar laut. Sehingga 30 Julai 2014, ia telah memantau lebih 25,000 kilometer persegi di sepanjang lengkungan ketujuh.
"Fugro Equator iaitu kapal survei khas yang diberi kontrak pihak Australia juga melakukan kerja-kerja survei bathymetric. Sehingga 30 Julai 2014, lebih 43,000 kilometer persegi telah dikesan oleh Fugro Equator," kata JACC dalam satu kenyataan.
Proses pemetaan dilakukan dilakukan sebagai persediaan untuk pencarian laut dalam bagi mengesan pesawat.
JACC menegaskan adalah penting untuk membuat tinjauan di dasar laut di kawasan terpencil di Lautan Hindi yang belum diterokai sepenuhnya.
"Tujuannya ialah untuk mengenal pasti keadaan di dasar laut yang kemungkinan boleh mendatangkan bahaya kepada kenderaan bawah air yang bakal digunakan dalam kerja-kerja pencarian pesawat," katanya.
Pesawat MH370 yang menuju Beijing beserta 239 penumpang dan anak kapal didapati hilang dari skrin radar sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8 Mac lalu walaupun usaha pencariannya dilakukan sehingga sekarang melibatkan beberapa negara lain.
Pencarian antarabangsa pada mulanya dilakukan ke Laut China Selatan sebelum diubah ke selatan Lautan Hindi.
Bernama
Thu Jul 31 2014
![Pemetaan dasar laut kesan MH370 berjalan lancar -JACC Pemetaan dasar laut kesan MH370 berjalan lancar -JACC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-03/51395132633_295x200.jpg)
Proses pemetaan dilakukan dilakukan sebagai persediaan untuk pencarian laut dalam bagi mengesan pesawat.
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
![MH370: Malaysia hantar pasukan selepas serpihan diserah kepada CAA - Liow MH370: Malaysia hantar pasukan selepas serpihan diserah kepada CAA - Liow](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/61457193047_LIOWTIONGLAI.jpg)
MH370: Malaysia hantar pasukan selepas serpihan diserah kepada CAA - Liow
Liow berkata serpihan itu perlu diserahkan kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Afrika Selatan (CAA).
![Analisis serpihan dipercayai milik MH370 bermula hari ini - JACC Analisis serpihan dipercayai milik MH370 bermula hari ini - JACC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/61458547209_Mhwreckage.jpg)
Analisis serpihan dipercayai milik MH370 bermula hari ini - JACC
Pasukan penyiasat telah memulakan analisis terhadap dua serpihan yang dijumpai di Mozambique, Afrika Selatan, kata pihak berkuasa Australia hari ini.
![Perancis selesaikan siasatan fasa pertama terhadap flaperon MH370 - JACC Perancis selesaikan siasatan fasa pertama terhadap flaperon MH370 - JACC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/71438361118_SaintAndre.jpg)
Perancis selesaikan siasatan fasa pertama terhadap flaperon MH370 - JACC
Pasukan siasatan diketuai Perancis sudah menyelesaikan pemeriksaan fasa pertama ke atas flaperon pesawat MH370.
![Misi mencari serpihan MH370 di Pulau Reunion dihentikan Misi mencari serpihan MH370 di Pulau Reunion dihentikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/51438359603_MHT.jpg)
Misi mencari serpihan MH370 di Pulau Reunion dihentikan
Operasi mencari lebih banyak serpihan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 di Pulau Reunion dihentikan semalam (Isnin).
![MH370: 40 peratus kawasan pencarian utama telah diliputi - JACC MH370: 40 peratus kawasan pencarian utama telah diliputi - JACC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-03/71395758926_295x200.jpg)
MH370: 40 peratus kawasan pencarian utama telah diliputi - JACC
Usaha SAR pesawat MH370 di kawasan terpencil di Lautan Hindi telah meliputi lebih 24,000 kilometer persegi dasar laut, iaitu kira-kira 40 peratus daripada kawasan carian utama.
![Australia kekal komited cari MH370 - JACC Australia kekal komited cari MH370 - JACC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-03/51394271074_295x200.jpg)
Australia kekal komited cari MH370 - JACC
Kerajaan Australia kekal komited dalam usaha mencari pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang, kata Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) hari ini.
![MH370: Tiada kuasa misteri, semua hanya spekulasi MH370: Tiada kuasa misteri, semua hanya spekulasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-03/51394271074_295x200.jpg)
MH370: Tiada kuasa misteri, semua hanya spekulasi
Dakwaan penyiasat nahas udara Australia yang mengaitkan kehilangan penerbangan MH370 dengan kuasa misteri baru-baru ini hanyalah spekulasi, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
![MH370: DCA akan bincang dengan Inmarsat bagi dedahkan data asal - Hishammuddin MH370: DCA akan bincang dengan Inmarsat bagi dedahkan data asal - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-03/81395310940_295x200.jpg)
MH370: DCA akan bincang dengan Inmarsat bagi dedahkan data asal - Hishammuddin
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perkara ini dilakukan demi pendirian kerajaan dalam mengutamakan kepentingan keluarga penumpang pesawat tersebut.
![MH370: Polis Australia sedang siasat objek terdampar di timur Augusta - JACC MH370: Polis Australia sedang siasat objek terdampar di timur Augusta - JACC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-03/81394431191_295x200.jpg)
MH370: Polis Australia sedang siasat objek terdampar di timur Augusta - JACC
Pihak Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) sedang mengkaji foto bahan tersebut untuk menentukan sama ada ianya ada kaitan dengan pesawat MH370 atau tidak.