MH370: Usaha mencari pesawat memasuki hari ke 42
Astro Awani
April 18, 2014 09:37 MYT
April 18, 2014 09:37 MYT
Usaha mencari dan menyelamat pesawat Penerbangan Malaysia MH370, yang hilang sejak 8 Mac lalu memasuki hari ke 42.
Hari ini usaha dipergiatkan dengan 23 aset digembleng untuk operasi itu termasuk 11 pesawat tentera dan 12 kapal digerakkan.
Menurut Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA), kawasan pencarian meliputi keluasan 51,870 kilometer persegi yang tertumpu kepada tiga kawasan.
Kenderaan dasar laut AUV Bluefin-21 dari kapal tentera Australia Ocean Shield telah melengkapkan satu lagi misi dan ia akan dikerahkan semula hari ini.
Setakat ini, pencarian kenderaan Bluefin-21 telah meliputi kira-kira110 kilometer persegi. Maklumat yang telah dianalisa oleh pasukan penyiasat setakat ini tidak menghasilkan sebarang penunjuk positif.
Cuaca dijangka hujan di sesetengah kawasan.